Menjejaki 31 Ogos 1957 Menjejaki 31 Ogos 1957

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)

Di antara tokoh MPSI ini ialah O.T.Dussek, Za’ba, Abdul Hadi bin Hassan dan Harun Muhammad Amin. Mereka memainkan peranan penting menanamkan semangat kebangsaan di kalangan guru-guru Melayu.

1929 

Ibrahim Haji Yaakob, seorang tokoh pelajar berumur 18 tahun menubuhkan gerakan politik haram ‘Ikatan Pemuda Pelajar’. Dalam tahun 1930, ditubuhkan pula ‘Ikatan Semenanjung Borneo’.Lain-lain tokoh pelajar ialah Muhammad Isa Mahmud, Hassan Haji Manan, Yaakob Muhammad Amin dan Abdul Karim Rashid.

1934

Raja Sir Chulan, Raja Dihilir Perak dan Dato’ Abdullah bin Haji Dahan, Undang Luak Rembau yang menjadi ahli Federal Council menuntut British berhenti membawa masuk pekerja-pekerja buruh dari China dan India tanpa sekatan ke Tanah Melayu. Mereka juga menuntut ditubuhkan pasukan tentera yang khusus untuk orang-orang Melayu. Dari cadangan ini tertubuhlah pasukan Askar Melayu.

1935

Raja Sir Uda dan seorang peguam, Tengku Ismail menubuhkan parti politik bercorak kenegerian iaitu   Persatuan Melayu Selangor diikuti oleh Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad yang menubuhkan Persatuan Melayu Pahang dan Tengku Muhammad Nasir menubuhkan Persatuan Melayu Negeri Sembilan.

1937-1938

Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad menguasai akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan kemudian menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8  9