Menjejaki 31 Ogos 1957 Menjejaki 31 Ogos 1957

Gelombang Kedua

1946 Malayan Union diperkenalkan. Dato’ Onn yang pernah menjadi salah seorang pemimpin KRIS menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung,Johor. Beliau kemudian menganjurkan Kongres Melayu Se-Malaya untuk menentang Malayan Union pada 1 – 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg.Baru, Kuala Lumpur. Melalui kongres tersebut lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO).

Sebanyak 41 pertubuhan menyertai kongres tersebut termasuk rakan-rakan Dato’ Onn dari KRIS yang telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

         

Dato’ Onn bin Jaafar, pemimpin Melayu yang menyemarakkan semangat menentang penjajahan British berucap di Balai Besar, Alor Setar, Kedah, 1947.

        

Kongres Melayu SeMalaya 1946 mengumpulkan semua persatuan Melayu bagi menentang Malayan Union sehingga membawa kepada penubuhan UMNO.

Cawangan-cawangan UMNO ditubuhkan dengan pemimpin-pemimpinnya terdiri daripada kalangan bangsawan dan juga rakyat biasa. Berpegang kepada slogan ‘Hidup Melayu’, perjuangan UMNO ketika mula digerakkan adalah untuk membubarkan Malayan Union dan mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8  9