Menjejaki 31 Ogos 1957 Menjejaki 31 Ogos 1957

        

Rombongan rundingan kemerdekaan bertolak ke London pada 18 Januari 1956.

 

27 Dis 1955

Rombongan kedua untuk merundingkan kemerdekaan berangkat ke London. Anggota rombongan terdiri daripada Tunku (Ketua), Dato’ Razak, Kolonel H.S.Lee dan Dr. Ismail, Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab, Abdul Aziz Majid, Datuk Mohd. Seth, Datuk Nik Ahmad Kamil, Abdul Kadir Shamsuddin dan T.H. Tan. Mereka bertolak dengan kapal laut Asia dari Singapura pada 1 Januari 1956 jam 5.00 petang. Dari Singapura mereka menuju ke Karachi dan kemudiannya menaiki kapalterbang ke London.

18 Jan 1956

Rombongan rundingan kemerdekaan bertolak ke London.

8 Feb 1956

Tunku menandatangani perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Alan Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British jam 10.00 pagi di Lancaster House. Tarikh    kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8  9