Panduan Pelupusan Rekod Panduan Pelupusan Rekod

  1. Permohonan Pelupusan Bagi Rekod Awam Yang Mempunyai Jadual Pelupusan Rekod Awam
    • Pelupusan rekod-rekod kewangan hendaklah menggunakan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan yang telah disediakan oleh Arkib Negara Malaysia.
      • Pelupusan rekod-rekod Housekeeping hendaklah menggunakan Jadual   Pelupusan Rekod Housekeeping yang telah disediakan oleh Arkib Negara Malaysia.
      • Bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang mempunyai Jadual Pelupusan Rekod Fungsian, dikehendaki menggunakan Jadual tersebut bagi pelupusan rekod-rekod fungsian.
    • Tatacara bagi Permohonan Pelupusan Rekod Awam Yang Mempunyai Jadual Pelupusan seperti berikut:
      • Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan hendaklah mengenalpasti siri rekod, telah tamat tindakan dan telah mematuhi tempoh simpanan yang ditetapkan dalam Jadual.
      • Membuat pengasingan rekod-rekod yang telah ditetapkan untuk dimusnahkan atau dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia berdasarkan siri rekod.
      • Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dikehendaki mengisi Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Awam (Arkib 2/08) atau Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan (Arkib-Kewangan 4/08) bagi rekod-rekod yang telah diputuskan musnah dan mengisi Borang Senarai Pemindahan Rekod (Arkib 11/08) bagi rekod-rekod yang telah diputuskan untuk pindah ke Arkib Negara Malaysia.

KLASIFIKASI REKOD

Arkib Negara Malaysia bersedia membantu Kementerian/ jabatan dan agensi awam dalam menyediakan klasifikasi rekod jabatan.  Ini adalah bagi memastikan  sistem fail dan klasifikasi rekod yang diwujudkan di organisasi berkenaan adalah berdasarkan fungsi  dan aktiviti jabatan.  Oleh itu semua rekod-rekod yang diwujudkan adalah berkaitan dengan dengan setiap fungsi dan aktiviti.  Dalam persekitaran elektronik rekod-rekod ini akan dapat ditawan dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan dan bahan bukti.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Konsultasi dan Rekod Elektronik di Ibu Pejabat atau mana-mana Cawangan  Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Pelupusan Rekod di Ibu Pejabat atau mana-mana Cawangan Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6