Panduan Pelupusan Rekod Panduan Pelupusan Rekod

PROGRAM REKOD PENTING NEGARA DAN PEMULIHAN BENCANA

Keselamatan rekod penting Negara perlu diberi perhatian dan keutamaan demi kepentingan kerajaan, rakyat  atau individu.   Diatas kesedaran inilah maka Arkib Negara Malaysia telah memperkenalkan program Rekod Penting Negara dan Pemulihan  Bencana.  Seksyen ini berperanan membantu Kementerian/ jabatan dan agensi awam memastikan rekod-rekod penting Negara terpelihara terutama ketika dan selepas berlakunya bencana.  Untuk tujuan tersebut Arkib Negara akan membantu dalam hal berikut;

  • mengenalpasti rekod-rekod penting yang terdapat di Kementerian/ jabatan dan agensi awam
  • menyimpan dan memelihara salinan keselamatan rekod-rekod penting
  • membantu Kementerian/ jabatan dan agensi awam dalam menyediakan PelanTindakan Bencana serta
  • membantu Kementerian/ jabatan dan agensi awam menyelamat dan menguruskan rekod-rekod sekiranya berlaku bencana.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Rekod Penting dan Pemulihan Bencana di Ibu Pejabat atau mana-mana Cawangan Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.

PEMINDAHAN REKOD

Pemindahan Rekod merupakan satu proses dimana rekod-rekod awam yang mempunyai nilai kebangsaan, atau sejarah  dipindahkan dari sesebuah pejabat kerajaan ke Arkib Negara untuk dipelihara bagi rujukan berterusan.

Rekod-rekod yang telah diputuskan pindah hendaklah disenaraikan dalam Borang Senarai Pemindahan Rekod Awam (Arkib 11/08) dan kemukakan 2 salinan kepada Arkib Negara Malaysia untuk pengesahan pemindahan.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6