Panduan Pelupusan Rekod Panduan Pelupusan Rekod

Penangguhan Pemindahan Rekod Awam

Penangguhan pemindahan rekod awam boleh dibuat sekiranya rekod yang telah diputuskan sebagai bernilai arkib oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia sangat diperlukan kerana boleh menjejaskan pentadbiran mana-mana Kementerian/Jabatan/Agensi atau bertentangan dengan kepentingan awam.  Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan berkenaan hendaklah mengemukakan  Surat Pemberitahuan Penangguhan Pemindahan selaras dengan Seksyen 28 (3), Akta Arkib Negara 2003.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Pelupusan Rekod di Ibu Pejabat atau mana-mana Cawangan  Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.

PERKHIDMATAN PUSAT REKOD

Pusat Perkhidmatan Rekod berperanan didalam perkara berikut;

  1. Menguruskan penerimaan dan pemprosesan rekod-rekod rasmi kerajaan;
  2. Menyediakan kemudahan ruang simpanan sementara dan menyenggara rekod-rekod bernilai kekal yang berumur kurang daripada 25 tahun;
  3. Menawarkan khidmat rujukan jabatan dan pengembalian rekod awam, khusus kepada jabatan pemindah, selaras dengan Seksyen 35 Akta Arkib Negara 2003; dan
  4. Memberi khidmat kepakaran kepada agensi kerajaan di dalam penubuhan, penyenggaraan dan pengendalian Pusat Rekod Agensi.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Perkhidmatan Rekod di Petaling Jaya atau mana-mana Cawangan Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6