Panduan Pelupusan Rekod Panduan Pelupusan Rekod

SISTEM PENGURUSAN REKOD SECARA ELEKTRONIK (ERMS)

Arkib Negara Malaysia memberikan khidmat nasihat tentang pengurusan rekod dalam persekitaran elektronik dengan menggunakan aplikasi ERMS. Antaranya ialah;

  • keperluan menggunakan aplikasi ERMS yang akur kepada spesifikasi sistem yang dibangunkan oleh ANM. 
  • Pengurusan rekod disepanjang kitaran hayat iaitu pengwujudan, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusan.
  • Kepentingan metadata dalam pewujudan rekod yang boleh digunakan bukti yang sahih.
  • Memperolehi rekod-rekod elektronik yang bernilai untuk disimpan dalam repositori digital Arkib Negara Malaysia (Archival Management System)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Rekod Elektronik Arkib Negara Malaysia atau mana-mana Cawangan Arkib Negara Malaysia yang berhampiran dengan jabatan anda.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6