PAPERS OF THE BROOKES OF SARAWAK – MSS.Pac.s.83 PAPERS OF THE BROOKES OF SARAWAK – MSS.Pac.s.83

 

Papers of the Brookes of Sarawak – MSS.Pac.s.83 diperolehi dari Bodleian Library of Commonwealth and African Studies at Rhodes House dalam salinan imej digital. Koleksi ini merupakan surat menyurat dikumpul untuk dijadikan koleksi hasil sumbangan dari Sembilan (9) ahli dan rakan-rakan serta keluarga Brooke. Surat ini meliputi keseluruhan kitaran pemerintahan Brooke di Sarawak. Koleksi ini mengandungi dokumen perundangan; fail berkaitan sejarah Sarawak; surat-menyurat rasmi termasuklah fail dari Pejabat Kerajaan Sarawak; salinan surat kepada Pejabat Kolonial; keratan akhbar mengenai penyerah Sarawak kepada Kerajaan British (Cession). Koleksi MSS.Pac.s.83 mengandungi volume 1 hingga 42, Box3, Box7, Box9A, Box14 hingga 36 dan boleh diakses dalam Archival Management System (AMS).

 

Surat Charles William Brooke bertarikh 17 August 1803
MSS.Pac.s.83(14)

Surat Charles William Brooke bertarikh 17 August 1803

Surat ini merupakan dokumen terawal dikesan didalam Koleksi Brooke. Surat bertarikh 17 Ogos 1803 ini adalah surat peribadi Charles Brooke kepada ayahnya Thomas Brooke. Surat ini ditulis oleh Charles Brooke ketika beliau sedang berkhidmat sebagai pegawai tentera British Native Infantri ke-14 di India. Beliau menceritakan kepada ayahnya tentang suasana dan persekitaran tempat beliau bertugas dan hal ehwal ketenteraan.

   

Surat Ikatan Penyerahan Sarawak kepada James Brooke
MSS.Pac.s.83(Box23)

Surat Ikatan Penyerahan Sarawak kepada James Brooke

Surat ikatan penyerahan Sarawak kepada James Brooke ini telah ditandatangani di London pada 12 November 1860. Di dalamnya menjelaskan bahawa Sultan Omar Ali Saifuddin, anak kepada Sultan Jamalulu'alam, Sultan dan penguasa Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei bersetuju menyerahkan hak pemerintahan Negeri Sarawak kepada James Brooke. Sebagai balasan kepada penyerahan tersebut, James Brooke bersetuju membayar saguhati sebanyak 4,000 dollar Spanish kepada Sultan. Dengan termeterainya surat ikatan tersebut menandakan tamatnya pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak.

   
Memorandum Penyerahan Sarawak kepada James Brooke, 1841
MSS.Pac.s.83(Box23)

Memorandum Penyerahan Sarawak kepada James Brooke, 1841

Memorandum persetujuan Raja Muda Hashim, wakil Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei menyerahkan Sarawak dan wilayah kekuasaannya kepada James Brooke yang membantu beliau menetang pemberontakan didalam Negeri Sarawak. Pada tahun 1841 bermulanya era pentadbiran penjajah Rajah Putih Sarawak dan menandakan berakhirnya kekuasaan Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak.

   
Arahan Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
MSS.Pac.s.83(38)

Arahan Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British

Petikan dari Warta Kerajaan Sarawak bertarikh 1 Julai 1946 berhubung dengan Arahan Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British yang diputuskan di Mahkamah Istana Buckingham pada 26 Jun 1946. Melalui arahan tersebut Sir Charles Vyner Brooke, Rajah Sarawak, bersetuju menyerahkan wilayah dan kedaulatan Negeri Sarawak kepada Keajaan British dan diletakkan dibawah pentadbiran koloni Sarawak. Surat arahan ini menandakan berakhirnya pemerintahan Kerajaan Rajah Putih dibumi Sarawak.

   
Buku
MSS.Pac.s.83(Box27)

Buku "The Truth About Sarawak"

Buku terbitan tahun 1948 ini menghimpunkan artikel yang ditulis oleh W. A. Harpur dan pernah diterbitkan didalam Malaya Tribune tentang sejarah Sarawak. Anti-Cession Feelings: Population Wants Brookes, merupakan salah satu tajuk yang terdapat didalamnya menerangkan Gerakan Anti Penyerahan (Anti Cession Movement) Sarawak kepada Kerajaan Koloni British. Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak merupakan satu gerakan menentang percubaan British untuk mentadbir Sarawak. Pada umumnya orang Melayu Sarawak menentang penyerahan tersebut, manakala dikalangan kakitangan kerajaan, orang Dayak dan orang Cina, mereka amat mengalu-alukan supaya Sarawal diserahkan kepada pentadbiran kolonial British atas alasan untuk kemajuan ekonomi dan pembangunan yang lebih pesat dapat dilaksanakan berbanding dibawah pemerintah Rajah putih. Dikalangan orang Melayu pula mereka menentang penyerahan tersebut kerana tidak mahu kehilangan kedudukan dan jawatan penting didalam pentadbiran Rajah Putih.