Pelan Strategik ICT Arkib Negara Malaysia 2016 - 2020 Pelan Strategik ICT Arkib Negara Malaysia 2016 - 2020

Ringkasan Eksekutif

Arkib Negara Malaysia (ANM) mempunyai peranan dan tanggungjawab mengumpul, memelihara dan membolehkan rekod-rekod awam yang ada dalam simpanan dalam pelbagai bentuk jenis dan bentuk meliputi kertas dokumen, filem, mikrofilem, gambar, pita rakaman, peta, pelan dan sebagainya untuk dirujuk oleh penyelidik dan orang ramai. Pada ada masa ini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dikenal pasti sebagai merupakan jentera pembangunan engine of growth, di mana jika ia digunakan secara strategik, akan meningkatkan lagi prestasi penyampaian perkhidmatan serta pengurusan ANM. ANM menyedari bahawa keperluan hala tuju bisnes yang kukuh dan pelan ICT yang strategik merupakan penggerak penting untuk menyediakan perkhidmatan bagi penyelidikan isu produktiviti dan kualiti, pembangunan sistem dan latihan, promosi produktiviti dan kualiti serta pengurusan amalan terbaik bagi menjayakan hala tujunya.

Pelan Strategik ICT (PSICT) Sektor Awam 2016-2020 telah dilancarkan pada bulan April 2016 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menyediakan satu rangka tindakan (blueprint) dan bidang teras yang perlu untuk mencapai visi dan misi ICT Kerajaan. Hala tuju strategik ICT dan rangka kerja ini diperlukan bagi meningkatkan mutu sistem perkhidmatan elektronik, meningkatkan produktiviti kerja dan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Semua agensi Kerajaan perlu menyediakan dan memperkemaskan PSICT mereka bersesuaian dengan hala tuju dan objektif strategik organisasi dan juga sejajar dengan PSICT Sektor Awam. Pelan ini akan meneliti tahap penggunaan, mengenal pasti pelbagai isu, cabaran dan kelemahan dalam pembangunan ICT.

Sehubungan dengan itu, ANM telah mengambil langkah proaktif untuk membangunkan satu Pelan Strategik ICT (PSICT) bagi menjajarkan inisiatif ICT secara menyeluruh untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang. PSICT 2016 - 2020 ANM ini akan menyediakan hala tuju strategik ICT yang akan memastikan perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan keperluan strategik ANM dan memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT sektor awam.

 

 

Muat Turun