| Seksyen Pemeliharaan Dan Reprografi - Unit Makmal Dan Kajian
- Menyediakan piawaian, panduan dan peraturan berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib;
- Menjalankan kajian ke atas ketahanan fizikal dan kemerosotan (deterioration) bahan arkib di repositori;
- Menjalankan ujian kimia ke atas bahan arkib untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan;
- Menjalankan ujian kualiti dan ketahanan fizikal bahan mentah untuk pemeliharaan dan pemuliharaan; dan
- Mendokumentasikan prosedur dan penemuan ujian makmal.
- Unit Restorasi
- Merangka dasar pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib;
- Menjalankan kajian penambahbaikan kaedah, teknologi, peralatan dan bahan pemuliharaan;
- Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan proses restorasi bahan arkib;
- Menerima, menganalisa dan mendaftar pesanan bahan arkib untuk proses restorasi;
- Mendokumentasikan teknik dan kaedah restorasi;
- Menyediakan modul latihan amali/penempatan peserta-peserta dalam bidang restorasi;
- Memberi khidmat kepakaran kepada pejabat awam dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan; dan
- Bertanggungjawab sebagai tenaga pakar bagi pasukan pemulihan bencana.
- Unit Jilidan
- Menyediakan piawaian, panduan dan peraturan berkaitan penjilidan bahan arkib;
- Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan kerja-kerja penjilidan bahan arkib;
- Menerima, menganalisa dan mendaftar pesanan bahan arkib untuk melaksanakan kerja-kerja penjilidan;
- Mendokumentasikan teknik dan kaedah penjilidan bahan arkib;
- Menyediakan modul latihan amali/penempatan peserta-peserta dalam bidang penjilidan;
- Memberi khidmat kepakaran kepada pejabat awam dalam bidang penjilidan.
|