Pengumuman Pengumuman

«Kembali

Capaian Filem Dokumentari Pemasyhuran Malaysia 1963

Untuk memperingati peristiwa pemasyhuran penubuhan Malaysia pada tanggal 16 September 1963, anda boleh mencapai filem dokumentari bertajuk ‘Birth of Malaysia' yang diterbitkan oleh Filem Negara pada tahun 1963 di Dewan Penyelidikan/Bilik Tayangan Filem Seksyen Arkib Pandang Dengar, Arkib Negara Malaysia. Filem ini merakamkan peristiwa pemasyhuran penubuhan Malaysia di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura dan Kota Bharu, serta majlis sambutan sempena peristiwa tersebut.

Selain dari filem ini, anda juga boleh mengakses lain-lain filem yang berkaitan seperti Merdeka for Malaya, Merdeka Mission dan Kemerdekaan Malaya. Oleh kerana filem-filem ini tertakluk dengan hakcipta maka filem-filem ini hanya boleh ditonton dalam premis Arkib bagi tujuan rujukan sahaja.

Sila hubungi Seksyen Arkib Pandang Dengar, Arkib Negara Malaysia untuk maklumat lanjut di talian : 03 62090760/ 761/ 798.