Penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Penubuhan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Disamping itu bersesuaian dengan persekitaran penempatan bakal guru-guru ini di sekolah-sekolah nanti, mereka dilengkapkan dengan ilmu pengetahun mengayam dengan daun mengkuang, bertenun, mengait dan mengelim. Pada akhir penggal, para pelatih juga di ajar cara mendidik bayi dengan melakukan latihan amali di klinik yang berdekatan dengan maktab. Para pelatih ini diberi latihan bersesuaian dengan dasar untuk mengekal dan menyesuaikan anak-anak Melayu di kampung dengan alam sekitar kekampungannya. Justeru para guru ini diberi latihan untuk mengajar anak-anak perempuan supaya mereka menjadi:
"….bakal isteri dan pasangan yang berpelajaran. Dengan adanya matapelajaran memasak, membuat model dari tanah liat, membuat bunga kertas, menjahit dan menyulam serta pelajaran kesihatan, perkara-perkara yang diajar adalah lebih romantik daripada apa yang dipelajari oleh kanak-kanak beberapa tahun terdahulu daripada mereka".
… Annual Report of Education 1938, op.cit..,m.s 20

Pada peringkat awal penubuhannya sehingga tahun 1995, lulusan maktab ini dianugerahi dengan Sijil perguruan, kemudianya Diploma Perguruan dari tahun 1996 hingga tahun 2004.  Mulai dari Julai 2005  sejajar dengan kedudukannya yang dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru, para pelatih lulusannya dianugerahkan dengan  Ijazah Pertama Perguruan.

Selari dengan tuntutan dan perkembangan semasa, maktab ini  bertukar namanya beberapa kali. Bermula dari  Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) diikuti dengan Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM) dan mulai 25 Ogos 2008, maktab ini  dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM). Sepanjang 76 tahun penubuhannya, MWTC/MPPM/IPPM/IPGKPM  dianggap unik kerana maktab ini merupakan satu-satunya institusi latihan guru yang melatih bakal guru-guru perempuan, berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Sejak penubuhannya, institut pendidikan ini telah melahirkan puluhan ribu guru pelatih yang memikul amanah mendidik anak bangsa di seluruh pelusuk tanah air. Didikan yang diterima oleh para guru lepasan MWTC/MPPM/IPPM/IPGKPM ini bukan sahaja  berjaya menghasilkan guru yang cemerlang dalam bidang pendidikan bahkan juga melahirkan insan-insan yang berjaya di persada politik dan dan kesusasteraan negara. 

Mukasurat: 1  2  3  4