Peraturan Dewan Penyelidik Peraturan Dewan Penyelidik

  • Hanya kakitangan Arkib Negara dan penyelidik berdaftar yang mempunyai Kad Pendaftaran yang sah dibenarkan masuk ke Dewan penyelidikan.
  • Semua beg, kampit, fail dan seumpamanya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan. Anda boleh menyimpannya didalam 'locker' berhampiran Kaunter I, Tingkat 1, Unit Penyelidikan.(Sila dapatkan kunci dari Pegawai Petugas).
  • Ketika membuat penyelidikan anda dikehendaki memakai pakaian sopan.
  • Gunakan pensel sahaja untuk meminta bahan atau membuat sebarang catatan.
  • Permintaan bahan hendaklah dibuat dalam tiga (3) salinan melalui Borang Permintaan yang disediakan.
  • Bahan-bahan arkib hendaklah digunakan dengan cermat dan teliti. Lampiran-lampiran didalamnya tidak boleh dikeluarkan atau ditambahkan.
  • Hanya lima (5) item secara manual dan sepuluh (10) item secara sistem COMPASS dibenarkan pada satu-satu masa.
  • Jangan ditulis atau ditanda pada bahan-bahan yang anda gunakan.
  • Rujukan kepada bahan arkib hanyalah di Dewan Penyelidikan.
  • Permintaan penyalinan bahan-bahan hendaklah dibuat melalui Borang-borang Pesanan yang disediakan.
  • Anda dikehendaki membayar kos penyalinan tersebut seperti yang telah ditetapkan didalam Peraturan Arkib Negara (Bayaran)(Pindaan) 1984.
  • Anda hendaklah menyerah kembali bahan-bahan yang digunakan bersama Borang Permintaan ke Kaunter.
  • Anda bertanggungjawab terhadap keselamatan bahan tersebut semasa anda menggunakannya
  • Anda tidak dibenarkan merokok, makan, minum dan berbual-bual ketika membuat penyelidikan.
  • Sebarang masalah yang timbul ketika anda menjalankan penyelidikan bolehlah dikemukakan kepada Pegawai Petugas.
  • Bahan arkib boleh direzab untuk jangkamasa tiga (3) hari sahaja dan mesti disertai dengan borang rezab. Bahan-bahan ini boleh diminta semula di Kaunter.
  • Kad Pendaftaran Penyelidik anda boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja jika didapati anda telah melanggar Akta Arkib Negara 629 pindaan 2003 Peraturan dan Kemudahan Rujukan 1974.
  • Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit.
  • Tidak dibenarkan membawa kamera.
  • Tidak dibenarkan membawa beg / tas tangan wanita / "breif case"
  • Tidak dibenarkan membawa topi kaledar.
  • Tidak dibenarkan membawa fail / "folder" / bahan bercetak atau fotostat.
  • Tidak dibenarkan makan dan minum.
  • Tidak dibenarkan menggunakan pen, hanya PENSIL sahaja yang dibenarkan.
  • Dilarang merokok.