Buku ini diterbitkan pada tahun 1726 dan ditulis oleh Francois Valentyn, berdasarkan kepada laporan-laporan, makalah-makalah dan buku-buku yang dibawa oleh pegawai-pegawai Belanda ke India. Jilid ini mengandungi kisah-kisah berkaitan dengan sejarah awal Melaka, Kesultanan awal Melaka dan hubungan Melaka dengan negara-negara jiran. Fakta-fakta ini menjelaskan mengenai terbilangnya Empayar Kesultanan Melaka pada kurun ke-15. Buku ini menjadi rujukan penting kepada para sarjana Belanda yang mengkaji mengenai hubungan Belanda dengan negeri-negeri di Timur. Buku ini ditulis dalam bahasa Belanda dan masih berkeadaan baik. Kedua-dua gambar di atas adalah petikan daripada terbitan tersebut. |