Perolehan Bahan Arkib Perolehan Bahan Arkib

PEROLEHAN BAHAN ARKIB

Arkib Negara Malaysia telah menjalankan pengesanan dan perolehan bahan Arkib Persendirian berdasarkan rekod terawal dalam sejarah tanah melayu yang berada dalam Koleksi Surat Persendirian, Koleksi Persendirian dalam dan luar negara serta Arkib Pertubuhan bukan kerajaan. Koleksi ini amat menarik untuk dirujuk dan ianya diperolehi dalam pelbagai format dan media melalui pemindahan hakmilik, pembelian, derma/sumbangan, wasiat dan hadiah.

Koleksi bahan dari sumber ini boleh diakses melalui Computerised Archival System and Services (COMPASS) dan rekod-rekod digital disimpan dan diakses didalam Archival Management System (AMS) bagi tujuan pemeliharaan kekal rekod digital.

Rekod-rekod ini mampu menarik minat penyelidik dan orang awam kerana ia mempunyai nilai penyelidikan dan sangat unik dalam koleksi tokoh, orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi luar negara. Penyelidik boleh mengakses koleksi tersebut berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan dalam Koleksi Arkib Persendirian.