Persada Kegemilangan Bahasa Melayu Persada Kegemilangan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan tunjang perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini dan sebagai pengikat perpaduan di antara negara-negara serantau yang sama-sama berkongsi sejarah, budaya, seni dan peradaban bangsa.

Kita sebagai anak watan juga perlu merasa bangga dan memupuk minat yang tinggi terhadap bahasa kita sendiri. Jika orang luar boleh menunjukkan minat yang mendalam terhadap bahasa kita seperti Mubin Sheppard, R.J.Wilkinson, W.G.Shellabear, R.O.Winstedt, J.Crawfurd, O.T.Dusseks dan W.W.Skeat yang banyak mengkaji dan menghasilkan buku serta penulisan-penulisan mengenai bahasa Melayu, mengapa tidak kita?

Pencemaran bahasa Melayu menjadi satu lagi isu yang tidak tertangan lebih-lebih lagi dengan suasana pembelajaran kini yang bebas, tiada sempadan, jarak dan waktu juga kawalan. Jika dibiarkan, keindahan dan keunikan bahasa Melayu bisa lenyap ditelan arus zaman.

Justeru itu, kita semua harus memikul tanggungjawab mendidik dan memelihara serta lebih bertekad dan tegas dalam memperjuangkan kepentingan bahasa Melayu agar warisan dan nilai bangsa ini kekal berpanjangan. Bagi anak-anak Melayu kini sebagai pewaris, perlu lebih peka kerana di bahu merekalah tanggungjawab menjunjung kemurnian bahasa ibunda ini bakal diletakkan. Kerana kalau tiada bahasa, lenyap jiwa bangsa.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7  8  9