Perutusan Ketua Pengarah Perutusan Ketua Pengarah

En. Azemi Bin Abdul Aziz

 

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Selamat datang ke portal rasmi Arkib Negara Malaysia (ANM) yang kini berwajah baru. Rekabentuk baru ini adalah lebih ringkas, namun padat dengan harapan agar dapat memudahkan pencarian maklumat yang dikehendaki.

ANM sebagai sebuah agensi yang berperanan sebagai repositori data, maklumat dan rekod kerajaan bertanggungjawab mengumpul, memelihara dan menyediakan rekod-rekod awam dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk dirujuk oleh penyelidik dan orang ramai. Selaras dengan perkembangan dan persekitaran teknologi semasa serta Dasar Transformasi Kerajaan, adalah menjadi azam ANM untuk memupuk kesedaran meluas di kalangan rakyat dalam segenap aspek sekali gus menjana kepada pembentukan modal insan cemerlang melalui penyebaran maklumat tanpa mengira sempadan masa dan tempat.

Melalui portal ini, diharap ianya akan menjadi salah satu wadah perkongsian maklumat sejarah negara yang tersimpan di ANM bagi tatapan orang ramai. Bagi memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih meluas dan cepat, ANM sedang menjalankan pendigitalan bahan-bahan dalam koleksi Jabatan bagi membolehkan bahan-bahan ini terus boleh dicapai secara dalam talian di samping bahan asal dapat dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Kandungan portal ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa agar menjadi portal bermaklumat yang dapat merangsang minda kita semua. Diharap perkongsian maklumat secara maya ini akan dapat melahirkan masyarakat yang tidak hanya berilmu tetapi juga celik mengenai sejarah negaranya. Sejarah perlu dihayati bersama agar rakyat Malaysia dapat bersatu padu di bawah panji Gagasan 1Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan kerana mengunjungi portal ini. Saya amat berharap agar portal ini dapat memberi manfaat kepada semua. ANM mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan bagi menambahbaik perkhidmatan ke arah merealisasikan visi Arkib Negara Malaysia Menjadi Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara Yang Unggul.

Selamat melayari portal dalam merungkai sejarah negara.


 
Azemi Bin Abdul Aziz
Ketua Pengarah

Arkib Negara Malaysia