| Arkib Negara Malaysia akan mengambil kira situasi semasa dengan mengumpul serta menyebarkan maklumat penting sejarah negara ke arah menyahut saranan pembinaan negara bangsa dan juga merealisasikan hasrat Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kandungan portal ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa agar menjadi portal bermaklumat yang dapat merangsang minda kita semua. Diharap perkongsian maklumat secara maya ini akan dapat melahirkan masyarakat yang tidak hanya berilmu tetapi juga celik mengenai sejarah negaranya. Sejarah perlu dihayati bersama agar rakyat Malaysia dapat bersatu padu di bawah panji 1Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kerana mengunjungi portal ini. Kami mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan anda bagi menambahbaik perkhidmatan kami ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia. Selamat meneroka khazanah warisan negara. Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia |