Piagam Pelanggan Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk;

  1. Memastikan permohonan perkhidmatan konsultansi pengurusan rekod akan dijawab dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
  2. Memaklumkan status permohonan kursus pengurusan atau pemeliharaan rekod dalam tempoh 1 bulan sebelum kursus dijalankan.
  3. Memberi kebenaran pelupusan rekod konvensional yang TIDAK dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod, dalam tempoh 6 bulan dan bagi rekod elektronik 3 bulan, dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  4. Memberi kebenaran pelupusan rekod konvensional dan elektronik yang dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod, dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  5. Menghasilkan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian jabatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Bengkel Jadual Pelupusan Rekod.
  6. Memperakui penerimaan rekod awam dalam tempoh 3 hari bekerja selepas rekod dipindahkan.
  7. Memastikan bahan rujukan dapat disediakan dalam tempoh 1 jam kepada penyelidik dengan syarat maklumat yang diberikan tepat dan lengkap serta dalam media yang dibenarkan.
  8. Memastikan permohonan pinjaman Jabatan diurus dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat maklumat yang diberikan tepat dan lengkap.
  9. Memberi jawapan kepada pertanyaan dan aduan pelanggan dengan menepati tempoh berikut:
    1. akuan penerimaan dalam masa 3 hari bekerja.
    2. maklumbalas dalam tempoh 14 hari bekerja.
  10. Memberi keputusan permohonan lawatan berpandu ke Arkib Negara dan Memorial dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.