Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1959 Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1959

KAWASAN KEDAH TENGAH
Kedah Tengah merupakan kawasan pilihan raya terbesar di Kedah.Kawasan ini ditandingi oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari.Kawasannya melintangi negeri Kedah di Pantai Laut di sebelah barat hingga ke sempadan timur di daerah Yan, Kedah.Merupakan bekas kawasan pengganas Komunis yang paling dashyat.Ketika kempen pilihan raya diadakan" Operation Jumlah' masih dijalankan oleh pihak anggota keselamatan di kawasan ini.Gerakan ini dilancar untuk membasmi pengganas seramai 30 orang yang masih lagi terdapat di kawasan tersebut.Perintah berkurung dari waktu senja hingga ke subuh dan sekatan makanan juga masih berkuat kuasa di kawasan ini.- 22.7.1959

TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA PENGUNDI
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad dan Raja-raja Melayu yang lain mengeluarkan satu titah perintah pada 24 Julai 1959.Kenyataan daripada Penyimpan Mohor Raja-raja menyebut: "Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu sebagai ketua agama dalam negeri masing-masing, merasai terharu apabila mendengar berita-berita daripada beberapa punca tentang kejadian-kejadian  dalam pilihan raya negeri baharu-baharu ini khususnya yang beragama Islam".
"Dengan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu maka dimaklumkan di sini bahawa hak mengundi yang diberikan kepada tiap-tiap seorang rakyat Raja dan rakyat persekutuan adalah haknya semata-mata yang boleh digunakan untuk mengundi mana-mana seorang calon yang dipilihnya sendiri tidak kira sama ada calon itu calon bebas atau pun calon mana-mana sebuah parti. Soal memilih calon dari mana-mana sebuah parti tidak kena mengena langsung dengan kepercayaan atau agama seseorang pengundi."- 25.7.1959

MAKAN SUAP KEPADA PENGUNDI
Seramai 208 orang calon yang bertanding dalam Pilihan raya Umum 1959 diingatkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa memberi minuman atau jamuan ringan kepada pengundi dalam perjumpaan pilihan raya, dianggap sebagai memberi makan suap (rasuah). Calon yang berbuat demikian boleh dituduh di bawah Undang-undang Kesalahan Pilihan raya.Calon yang didapati bersalah boleh dihukum penjara hingga enam bulan dan didenda sehingga RM500. Manakala pengundi yang menerima minuman atau jamuan ringan juga boleh disabit dengan pertuduhan yang sama. - 29.7.1959

TERLALU JAUH UNTUK KELUAR MENGUNDI
Lebih 320 orang asli dan buruh estet yang tinggal di kawasan sungai di  daerah Bagan Datoh, Perak dilaporkan khuatir tidak dapat keluar mengundi semasa pilihan raya. Kesulitan besar yang dihadapi oleh mereka ialah untuk pergi ke tempat mengundi  yang terletak di Ulu Bernam iaitu hampir 11 batu dari kawasan mereka. Satu-satunya pengangkutan dari tempat tinggal mereka ke tempat mengundi yang paling terdekat ialah dengan menaiki sampan atau motorbot.- 7.8.1959

DAUN PISANG BERTEDUH DARI HUJAN
Keadaan cuaca tidak menentu ketika Menteri Besar Perak, Encik Mohamad Ghazali Shafie bin Haji Jawi dan Menteri Kesihatan, Tuan V.T Sambanthan menjalankan kempen di Sungai Siput, Perak. Dalam keadaan serba kekurangan mereka kadang-kala terpaksa menggunakan daun pisang untuk berteduh dari hujan.Selain itu mereka juga terpaksa berjalan kaki, menempuh jalan berlumpur dan menyeberangi kawasan sawah padi.- 7.8.1959

CALON TUNGGAL WANITA DI JOHOR
Hajah Zain bin Haji Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain merupakan calon tunggal wanita di negeri Johor. Beliau  bertanding bagi Parti Perikatan di Kawasan Pontian Selatan. Ibu Zain merupakan Presiden Kaum Ibu UMNO Johor dan juga bekas Penyelia Sekolah-sekolah Perempuan Melayu Johor.Pengundi di kawasan ini ialah seramai 18,758.8,070 orang daripadanya ialah kaum Cina dan 10,688 lagi ialah kaum  Melayu. Pontian Selatan merupakan kawasan pekebun kecil nenas dan ladang getah yang telah bebas daripada sekatan Darurat.- 8.8.1959

KEMPEN DATO' RAZAK DI PEKAN
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Abdul Razak bin Hussein dilaporkan sepanjang kunjungan empat hari ke kawasan yang ditandinginya di Pekan, Pahang telah berucap dalam 20 rapat umum. Beliau juga melawat 19 buah tempat yang kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman dan berucap kepada lebih 4,000 orang.Dato' Abdul Razak juga telah menempuh perjalanan sejauh 60 batudi jalan laut dan 70 batu dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Endau ke Pekan.Selain itu, beliau juga berjalan kaki, menaiki sampan dan feri sejauh beratus-ratus batu. Demi menemui 150 orang pengundi di Kampung Gading, dekat Jalan Endau, iaitu 12 batu dari Kuala Rompin, beliau juga telah melalui sebuah daerah yang masih lagi diancam oleh harimau,. - 10.8.1959

NASIHAT SULTAN KEDAH KEPADA PENGUNDI
KDYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dilaporkan menasihatkan rakyat negeri Kedahagar tidak  terpengaruh dengan "sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab" yang cuba memujuk para pengundi mengundi sebuah parti politik yang tertentu. Nasihat baginda disebarkan melalui kereta-kereta Pejabat Penerangan yang menerangkan bahawa setiap pengundi bebas memilih sebarang calon yang disukai.- 12.8.1959

KAWASAN PILIHAN RAYA TERBESAR DI KELANTAN
Kawasab Ulu Kelantan merupakan kawasan Pilihan Raya Persekutuan yang terbesar di negeri Kelantan.Meliputi kawasan seluas 5,000 batu persegi dengan sebahagian besarnya adalah kawasan hutan.Ulu Kelantan bersempadankan Pahang di sebelah selatan, Perak di sebelah barat dan Terengganu di sebelah timur. Kereta api ‘Sumpitan Mas' yang menyambungkan Kuala Lumpur dan Kota Bharu melalui betul-betul ditengah-tengah kawasan ini.  Mempunyai sembilan buah perkampungan baharu dengan tiga buah kawasan perpindahan semula yang terletak di Lembah Pergau, Sungai Golah dan Tawang iaitu 20 batu dari Kuala Krai. Ulu Kelantan mempunyai seramai 22,818 orang pengundi dengan 20,096 merupakan orang Melayu, 2,114 orang Cina, 593 orang India dan 15 orang bangsa lain. - 12.8.1959

MANDI SUNGAI PENUH BUAYA BUKTI IKHLAS
Calon parti Perikatan Encik Hussein bin Nordin dan pegawai penerangannya, Ustaz Ismail bin Haji Karim terpaksa menjalani satu adat lama yang telah menjadi kebiasaan di sebuah kampung yang jauh terpencil di Perak. Adat yang diamalkan oleh pendudukKampung Balun Bedai yang terletak dalam kawasan Parit ini ialah mandi di dalam sungai yang penuh dengan buaya.Setiap pelawat dari luar yang datang ke kampung itu buat pertama kalinya harus mandi di dalam sungai yang menjadi jalan perhubungan utama penduduk.Adat ini bertujuan untuk menguji keikhlasanseseorang, sekiranyaniatnya ikhlas buaya di sungai itu tidak akan menyerang.Melihat kepada kesungguhan mereka yang sanggup menempuh ujian tersebut seramai seramai 441 pengundidi kampung tersebut berjanji akan mengundi calon Perikatan. -13.8.1959