Prof. Datuk Dr. Zainal Bin Kling Prof. Datuk Dr. Zainal Bin Kling

   Di samping itu, Prof. Datuk Dr. Zainal pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1977/78, Pemeriksa Luar (M.A.) Universiti Sains Malaysia pada 1978/79, Pemeriksa Luar (M.A.) Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1980/81, pensyarah sambilan dan penyelaras kursus di Institut Pengajian Tinggi, Universiti Malaya pada 1983/85, pensyarah sambilan subjek Antropologi Sosial untuk Kursus Lanjutan Persijilan Jururawat, Hospital Universiti pada 1985/89, Occasional Lecturer in Social Analysis in Police College, Kuala Kubu Bharu dan di Special College, Kuala Lumpur 1985, pensyarah sambilan di Sociology, State University of New York (SUNY-ITM) Join Education Programme, Subang Jaya, 1985/87, Ahli Jawatankuasa Penyemak Silibus Pemandu Pelancongan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia, 1988 dan pensyarah sambilan untuk Tourist Guide Courses, TDC, Malaysia, 1989.

   Selain itu, Prof. Datuk Dr. Zainal turut menjalankan kerja-kerja pentadbiran sebagai Principal, Fourth Residential College, UM, Mei 1976-Disember 1978, Deputy Vice Chancellor, Students Affairs, UM, Disember 1978-April 1982, Head Department of Anthoropology & Sociology, UM, April 1984/88, Dean Faculty of Arts & Social Science, UM, Mei 1993 - April 1995 dan Deputy Vice Chancellor, Student Affairs, UM, Mei 1995 hingga kini.

   Sebagai seorang tokoh akademik, Prof Datuk Dr. Zainal banyak melibatkan diri sama ada membentang kertas kerja atau sebaliknya dalam kursus, latihan dan seminar. Antaranya Simposium Dunia Melayu, 1996, Seminar Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya , Simposium Sekretariat Melayu Antarabangsa, Seminar Management of Higher Education Institutions, Seminar Management of Faculties Institution, 1996, Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, 1996, Delegasi Ilmiah Antarabangsa Sekretariat Pengembangan Kerjaya 1996, Bengkel Penilaian Kata Masukan Ensiklopedia, DBP, 1996, Dialogue Among Asian Cultures 1996, Seminar Warisan Persuratan Johor, 1996, Persidangan Kebangsaan Pembentukan Bangsa Melayu 1996, Bengkel Penilaian Kata Masukan Bandaraya Melayu Bistari 1996, Bengkel Penilaian Kata Masukan Bandaraya Melayu Bistari 1996, Bengkel Penilaian Kata Masukan Ensiklopedia Sejarah & Kebudayaan Melayu Sedunia 1996, Seminar Adat Melayu Serantau 1996, Konvensyen Masyarakat Madani 1996, Simposium Melayu Sedunia 1996, Bengkel Penilaian Ensiklopedia Sejarah & Kebudayaan Melayu 1996, Bengkel Pengurusan Atasan Universiti Malaya 1996, Bengkel Pembinaan Kata Masukan 1996, Forum Reformasi Pendidikan di Malaysia ke Arah Pendidikan Cemerlang 1996, Bengkel Visi & Misi Kebudayaan Kebangsaan Abad Ke-21, 1996 dan Persidangan Perancangan Tahunan Universiti Malaya, 1996.

   Prof. Datuk Dr. Zainal turut memberi sumbangan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pakar Bidang Ensiklopedia Dunia, Pengerusi Pakar Bidang Kebudayaan, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Ahli Lembaga Pengelola DBP, Ahli Jawatankuasa Penerbitan DBP, Ahli Majlis Pemandu Basmi Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Ahli Jawatankuasa Penilai Institut Terjemahan Negara Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pakar, Institut Kajian Sejarah & Patriotisme Malaysia (IKSEP), Ahli Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Ahli Persatuan Linguistik Malaysia dan Ahli Persatuan Diraja Bahagian Malaysia (MBRAS). Kini beliau bertugas di Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mukasurat: 1  2