Promosi Bahan Arkib 2019 Promosi Bahan Arkib 2019

PROMOSI BAHAN ARKIB SEMPENA SAMBUTAN HARI ARKIB ANTARABANGSA TAHUN 2019

Promosi dan pameran bahan Arkib yang tersimpan di ANM melibatkan bahan dan hasil karya dari tokoh-tokoh Surat Persendirian seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan (tokoh pendidikan), Sir Frank Athelstane Swettenham (Gabenor Negeri-Negeri Selat) dan Peter Frank Moss (wartawan dan penulis rencana). Koleksi Persendirian yang bernilai sejarah dan menarik yang diperolehi secara pembelian turut dipamerkan seperti Koleksi Buku Francois Valentyn serta Koleksi buku dan risalah filem-filem lakonan Seniman Agung P. Ramlee.

Sesi Bicara Bahan turut diadakan sebagai sebahagian pengisian bagi aktiviti Promosi Bahan Arkib yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Awang bin Sariyan sebagai panel penceramah berkaitan tajuk “CERITERA BAHASA: Di Negara Tercinta dan di Persada Antarabangsa”.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6