Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Audiovisual Negara Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Audiovisual Negara

 
SEJARAH PENUBUHAN
 
Arkib Negara Malaysia telah di tubuhkan pada 1 Disember 1957 dan terus berkembang maju seiring dengan perkembangan semasa. Pada tahun 1982, Arkib Negara Malaysia mempunyai bangunannya sendiri di Jalan Duta, Kuala Lumpur, iaitu di kawasan seluas 15 ekar. Pada tahun 1999, bangunan tambahan didirikan untuk menampung keperluan ruang peryimpanan koleksi arkib yang semakin bertambah.
 
Perancangan untuk mewujudkan sebuah pusat yang akan menangani penyimpanan dan pemeliharaan rekod dan arkib audiovisual telah tercetus sejak tahun 1997 lagi. Sebelum ini, aktiviti dalam pengurusan rekod dan arkib audiovisual hanyalah tertumpu kepada perolehan dan penyimpanan bahan-bahan dari jabatan kerajaan sahaja.
 
Justeru, Jemaah Menteri melalui kertas Jemaah Menteri No. 410/2179/99 bertarikh 14 Julai 1999 telah meluluskan penubuhan Pusat Pendokumentasian dan Pemeliharaan Audiovisual Negara (PPPAV). Penubuhan pusat ini dapat merealisasikan hasrat Arkib Negara Malaysia untuk memperluaskan peranannya dalam bidang perolehan, pemprosesan, pemuliharaan bahan audiovisual kepada sektor swasta dan orang perseorangan.
 
Bangunan yang dibina mulai awal tahun 2008 ini terletak ditapak bersebelahan dengan bangunan tambahan Arkib Negara Malaysia di Jalan Duta Kuala Lumpur dalam kawasan seluas 6.07 hektar dan menelan belanja sebanyak RM 27 juta.
 
Harapan Arkib Negara pada masa akan datang adalah untuk menjadikan bangunan ini sebagai one stop center yang untuk menjadi pusat yang boleh dibanggakan dan mantap di peringkat Negara-negara Membangun.
 

Mukasurat: 1  2  3  4