Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Audiovisual Negara Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Audiovisual Negara

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan di PPPAV:

a) Khidmat Nasihat

  •  Memberikan khidmat nasihat berkaitan pengurusan bahan audiovisual

b) Perolehan

  • Memperoleh bahan audiovisual daripada jabatan/agensi kerajaan, sektor swasta, badan berkanun, persendirian dan lain-lain sumber

c) Pelupusan

  • Menguruskan permohonan pelupusan bahan audiovisual pejabat awam dengan memberi kelulusan sama ada bahan tersebut dimusnahkan atau dipindahkan ke ANM

d) Penyimpanan dan Pemeliharaan

  • Menyedia dan menguruskan repositori untuk penyimpanan bahan audiovisual yang diterima dari jabatan/agensi kerajaan, sektor swasta, badan berkanun, persendirian, dan lain-lain sumber
  • Menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan bahan audiovisual
  • Menjalankan aktiviti penyalinan dan pendigitalan bahan audiovisual

e) Rujukan dan Penyelidikan

  • Kemudahan rujukan dan penyelidikan disediakan di Dewan Penyelidikan PPPAV (Dewan Penyelidikan ini terletak di bangunan PPPAV dan berasingan dari Dewan Penyelidikan di bangunan Wisma Warisan)

f) Kemudahan Lain

  • Ruang Kerja Restorasi
  • Studio Rakaman
  • Studio Pendigitalan
  • Repositori
  • Ruang Pameran AV (memaparkan sejarah dan perkembangan bahan serta peralatan audiovisual negara)
  • Auditorium – kapasiti untuk 200 orang
  • Bilik Tayangan – kapasiti untuk 40 orang

 

KRITERIA BAHAN AUDIOVISUAL DI PPPAV

  1. Bahan yang dihasilkan mengenai Malaysia sama ada dilakukan di dalam atau di luar negara
  2. Bahan yang dihasilkan mengenai Malaysia oleh mana-mana warganegara Malaysia dan bukan warganegara sama ada di dalam atau di luar negara
  3. Bahan yang dihasilkan oleh mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta mana-mana agensi/syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga swasta serta persendirian

Mukasurat: 1  2  3