Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Audiovisual Negara Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Audiovisual Negara

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Selaras dengan tujuan penubuhannya, PPAV menyediakan perkhidmatan berkaitan bahan sokongannya, iaitu :
  • khidmat nasihat dalam pengurusan bahan audiovisual terutama dari segi penyimpanan dan pemeliharaan bahan tersebut;
  • ruang penyimpanan (repositari) kepada pejabat awam, agensi bukan kerajaan, pertubuhan, individu dan sebagainya;
  • pemeliharaan dan pemuliharaan;
  • kemudahan rujukan dan penyelidikan sama ada di Dewan Penyelidikan PPPAV mahupun melalui laman sesawang Arkib Negara Malaysia.
KOLEKSI BAHAN AUDIOVISUAL
Arkib Negara Malaysia menyimpan dan memelihara bahan audiovisual dalam bentuk filem, bahan audio video dan multimedia seperti pita video, piring hitam, pita rakaman dan cakera padat serta gambar. Oleh itu, skop bahan-bahan audiovisual berikut diberi penekanan oleh Arkib Negara Malaysia, iaitu :
  • bahan yang dihasilkan mengenai Malaysia sama ada dilakukan dalam atau di luar negara;
  • bahan yang dihasilkan oleh mana-mana agensi perkhidmatan awam, perusahaan berkanun Malaysia;
  • bahan mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh mana-mana organisasi/agensi/syarikat bukan kerajaan;
  • bahan yang dihasilkan oleh mana-mana warganegara Malaysia sama ada mengenai Malaysia atau tidak; dan
  • bahan mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh bukan warganegara sama ada di dalam atau di luar negara.
 
Bahan audiovisual yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia adalah terdiri daripada bahan filem (S8mm, 8mm, 16mm, 35mm,65mm dan strip); bahan audio video dan multimedia (pita rakaman audio/kaset, pita video -VHS, S-VHS, Beta, U-mantic, cakera padat - CD, DVD, CD-ROM dan piring hitam - phonodisc/phonograph) dan bahan gambar (gambar fizikal, digital, poskad, slaid, slaid kaca dan negetif).
 
Antara koleksi filem bersejarah yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara Malaysia adalah Sumpah Mahsuri, Malaya Celebrate Merdeka Day, Year On Malaysia 1955 and the Baling Talk 1956, Perang Dunia Kedua dan Defence Talks at Wisma Putra
Mukasurat: 1  2  3  4