Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan 1958 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan 1958

Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang pertama pada tahun 1958, disambut dengan penuh meriah oleh segenap lapisan masyarakat pada 31 Ogos 1958. Sejak dari awal pagi, ibukota Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh orang ramai. Acara sambutan yang diadakan di Stadium Merdeka itu dimulai dengan acara senaman padang dan tarian oleh pelajar-pelajar sekolah. Acara sambutan kemudiannya disusuli dengan perbarisan oleh anggota tentera dan pasukan keselamatan.Lebih 35,000 orang termasuk tetamu kehormat dari dalam dan luar negara menghadiri acara ini. Pada sebelah malamnya, telah berlangsung acara perarakan kereta berhias. Sebanyak 56 buah kereta berhias yang mengambil bahagian itu berarak melalui jalan Batu Road (Jalan Tunku Abdul Rahman), Jalan Raja, Victory Avenue (Jalan Sultan Hishamuddin).

Persekutuan Tanah Melayu merayakan ulangtahun kemerdekaan yang pertama, Berita Harian, Ogos 1958.

Bookmark and Share