Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1961 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1961

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang keempat pada tahun 1961, dibayangi oleh musim kemarau yang melanda beberapa buah kawasan di empat buah negeri. Kawasan yang dilanda musim kemarau teruk itu ialah Taiping, Perak; Kulim, Kedah; Rawang dan Serdang Baru, Selangor serta Tumpat, Kelantan. Namun begitu keadaan ini tidak menjejaskan acara sambutan kemerdekaan di keempat-empat buah negeri tersebut. Acara sambutan kemerdekaan negara pada tahun ini diadakan di Stadium Merdeka. Antara acara yang mewarnai sambutan ini ialah pertunjukan tarian asli oleh 800 orang penari, senaman padang oleh 1800 orang pelajar-pelajar sekolah dan pertunjukan pancaragam dari anggota Tentera dan Polis Diraja Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail memeriksa perbarisan dalam upacara sambutan ulangtahun kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1961.