Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan 1962 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan 1962

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang kelima di sambut dalam keadaan suasana riang gembira. Acara sambutan di ibu kota Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1962, dimulakan dengan satu rapat raksasa dan perhimpunan oleh lebih 30,000 pelajar di Stadium Merdeka. Pada acara sambutan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail berkenan memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada anggota Pasukan Latihan Udara Malaya, pelajar St. John Institutions dan kadet-kadet dari Victoria Institutions. Menariknya,pemeriksaan kehormatan itu diiringi dengan lagukegemaran kanak-kanak pada ketika itu,iaitu ‘Burung kakak Tua' dan ‘Que Sera-sera'. Pada sebelah petangnya pula,Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyempurnakan upacara peletakan batu asas bangunan baharu Dewan Parlimen yang terletak ditengah-tengah kawasan Kebun Bunga (Tasik Perdana).

Sebahagian daripada penonton yang menyaksikan perbarisan pelajar-pelajar sekolah sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang diadakan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1961