Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1965 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1965

Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang kelapan pada tahun 1965, tetap bermakna walaupun perpisahan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Perpisahan itu tidak menjejaskan acara sambutan merdeka pada tahun ini kerana negara turut meraikan beberapa mercu tanda penting sempena kemerdekaan negara. Antara mercu tanda itu ialah Masjid Negara yang dirasmikan pada 27 Ogos 1965 dan pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Suban gpada 30 Ogos 1965 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni AlmarhumTuanku Syed Hassan Jamalullail. Acara sambutan ulangtahun kemerdekaan pada pagi 31 Ogos1965, diwarnai dengan acara perbarisan, perhimpunan dan pertunjukan padang oleh pelajar-pelajar sekolah di Stadium Merdeka. Perpisahan Singapura dari Malaysia juga tidak mengubah elemen-elemen yang terdapat pada bendera negara. Jalur dan bintang pecah 14 pada bendera Malaysia dikekalkan bagi membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan iaitu 13 buah negeri dan sebuah kerajaan persekutuan.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan pada 31 Ogos 1965.