Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1966 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1966

Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang kesembilan pada tahun 1966, disambut secara besar-besaran dalam suasana penuh kemeriahan. Ini berikutan termeterainya perjanjian Perdamaian antara Malaysia dan Indonesia pada 11 Ogos 1966, yang telah menamatkan konfrantasi yang melanda negara sejak tahun 1963.Pelbagai acara telah diadakan di seluruh negara bagi meraikan pemulihan hubungan ini .Hampir 30,000 orang rakyat pelbagai lapisan menyaksikan pelbagai acara termasuk perbarisan dan perarakan kenderaan di Stadium Merdeka. Seramai 3,000 pelajar sekolah dari 30 buah sekolah menengah mengambil bahagian dalam acara pertunjukan padang, antaranya persembahan pancaragam oleh pelajar Sekolah Henry Gurney, Melaka dan pertunjukan senaman oleh 1,000 orang pelajar lelaki.Acara yang paling mendapat perhatian ialah persembahan tarian ‘hula hoop’ oleh 700 pelajar perempuan dari lapan buah sekolah menengah perempuan di ibukota.

Persembahan tarian ‘hula hoop’ oleh 700 orang pelajar perempuan sekolah menengah sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-9 di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1966.