Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1968 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1968

Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-11 pada tahun1968, disambut dalam suasana agak ‘panas'.Ini berikutan pengisytiharan yang telah dibuat oleh negara Filipina yang mahu membuat tuntutan ke atas negeri Sabah yang merupakan sebahagian daripada Malaysia. Namun suasana itu diceriakan dengan jalinan persahabatan oleh negara Indonesia yang menghantar Brigadier Jeneral A.J. Witono, Pemerintah Markas Besar Tentera Indonesia sebagai wakil khas ke upacara kemerdekaan yang juga merupakan ulangtahun kedua perdamaian Malaysia-Indonesia.Seramai 60 orang artis Indonesia telah mengadakan persembahan selama dua hari di Kuala Lumpur. Acara kemuncak sambutan ulangtahun kemerdekaan di Stadium Merdeka dimeriahkan dengan acara perbarisan pelajar-pelajar sekolah, persembahan angklung dan tarian Mak Inang. Buat pertama kalinya juga Lagu ‘Berjaya' telah dinyanyikan oleh para peserta perhimpunan.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong, Tuanku Ismail Nasirudddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Perdana Menteri,Tunku Abdul Rahman Putra pada jamuan makan malam sempena ulangtahun kemerdekaan ke-11 di Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1968.