Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1969 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1969

Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-12pada tahun 1969, disambut secara sederhana. Tiada sambutan secara besar-besaran seperti perhimpunan diadakan kerana negara masih lagi dalam keadaan Darurat. Darurat diisytiharkan keseluruh negara, berikutan daripada peristiwa 13 Mei 1969, yang mencatat sejarah hitam negara. Serentak dengan itu juga, perlembangaan dan Parlimen telah digantung, negara diletakkan terus di bawah pentadbiran MajlisGerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai olehTun Abdul Razak Hussein. Dalam titah amanat sempena Hari Kemerdekaan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, melahirkan perasaan dukacita terhadap peristiwa yang dianggap sebagai yang paling burukdalamsejarah negara sejak mencapai kemerdekaan. Baginda juga menyeru rakyat supaya jangan menyentuh perkara-perkara yang mudah menyinggung perasaan mana-mana kaum, lebih-lebih lagi perkara yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra yang juga pengerusi Muhibbah Kebangsaan memegang sehelai kain yang bertulis ikrar taat setia dan sokongan rakyat terhadap usaha menguatkan perasaan muhibah, harmoni dan memulihkan kepercayaan dalam kalangan rakyat bertempat di Kelang, Selangor pada 26 Ogos 1969.