Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1974 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1974

Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-17 pada tahun 1974, disambut meriah berikutan kemenangan besar parti Barisan Nasional pada 25 Ogos 1974, dalam pilihanraya Parlimen dan Negeri-negeri di Semanjung Malaysia. Acara kemuncak sambutan ialah perbarisan raksasa yang disertai oleh lebih 10,000 orang persertabermuladarihadapan Padang Kelab Selangor dan berakhir di Bangunan Parlimen.Perbarisan pada kali ini menggambarkan peranan yang telah dimainkan oleh setiap rakyat dalam usaha mengeratkan lagi perpaduan serta membina satu masyarakat yang progresif. Setiap perarakan dan perbarisan mengemukakan lambang berbentuk tema perayaan iaitu SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN. Selain itu, acara sambutan juga mempaparkan kegiatan dan kebolehan kaum wanita di negara ini. Buat pertama kalinya dalam sejarah, seramai 10 orang polis trafik wanita mengambil bahagian dalam acara perbarisan dengan menunggang motorsikal.

Polis trafik wanita antara yang mengambil bahagian dalam perbarisan raksasa di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1974.