Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1994 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1994

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-37 pada tahun 1994, disambut meriah oleh seluruh lapisan rakyat dengan semangat jitu dan kesungguhan untuk mencapai Wawasan 2020. Selaras dengan tema perayaan NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN, perayaan hari kebangsaan disambut dengan penuh kesedaran oleh masyarakat pelbagai kaum. Lebih daripada 50,000 warga kota membanjiri Dataran Merdeka sejak dari awal pagi untuk menyaksikan perarakan dan pertunjukan oleh lebih 10,000 orang peserta yang mengambil bahagian. Kira-kira 2,000 pelajar dari sekitar Wilayah Persekutuan berganding bahu dan bersatu semasa membuat pertunjukan senamrama dan persembahan formasi logo Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Acara perarakan dan pertunjukan Hari Kebangsaan tahun ini juga diserikan dengan deklamasi sajak gandingan tiga orang deklamator, K.Ganesan, Emylya Othman dan Lim Swee Tin.

Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-37 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1994 melibatkan seramai 10,000 orang peserta.