Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1997 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1997

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-40 pada tahun 1997, disambut dikala krisis ekonomi yang serius mula melanda rantau Asia. Sambutan yang bertemakan AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA ini dijayakan oleh 10,000 orang peserta, terdiri daripada 57 kontinjen dan 38 pasukan pancaragam. Penonton yang menyaksikan acara sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka ini, dikejutkan dengan ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang memandu kereta Perodua Kancil dengan plat Perodua 1001 bersama dengan Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Keadaan cuaca yang berjerebu juga tidak menghalang, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia meneruskan misi lintas hormat dengan lima helikopter Nuri. Pada sambutan kali ini juga, bendera kebangsaan telah diberikan nama Jalur Gemilang, pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri pada sambutan menjelang detik 12 malam, dihadapan puluhan ribu rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka.

Perarakan kereta Perodua Kancil dari Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA)dalam acara sambutan ulang tahun kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1997.