Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1998 Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan tahun 1998

Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-41 pada tahun 1999, diraikan dalam suasana negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi. Namun keadaan ini tidak meluntur semangat patriotisme rakyat di seluruh negara menyambut hari kebangsaan yang diraikan secara sederhana, tetapi meriah dan berwarna-warni. Perarakan 2,173 kereta proton melalui Jambatan Pulau Pinang, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad membuka tirai sambutan hari kemerdekaan peringkat kebangsaan yang diadakan di Pulau Pinang ini. Sambutan yang bertemakan NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA, diadakan di padang Universiti Sains Malaysia, membabitkan seramai 10,485 peserta termasuk 67 kontinjen perarakan dan 26 pasukan pancaragam. Kemuncak sambutan ialah pertunjukan padang, membabitkan 2,750 pelajar yang mempersembahkan formasi logo hari kebangsaan. Hujan yang turun di penghujung sambutan, tidak menghalang lebih 20,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk terus memeriahkan hari bersejarah itu.

Persembahan Chingay dipertontonkan kepada orang ramai sewaktu sambutan hari kebangsaan di Pulau Pinang pada 31 Ogos 1998.