Sejarah Arkib Negara Malaysia Sejarah Arkib Negara Malaysia

TAHUN
PERISTIWA
15 April 1978 Pejabat Cawangan Timur ditubuhkan di Terengganu dan bertanggungjawab ke atas rekod-rekod di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu
1979 Logo Rasmi Arkib Negara Malaysia dipilih dalam satu pertandingan mencipta logo Arkib Negara. Logo ini direka oleh En. Sumali Amat
1979 Pelancaran Projek Panduan Bahan-bahan Sejarah Asia iaitu projek pengumpulan maklumat yang komprehensif mengenai bahan-bahan sejarah Asia - usahasama UNESCO dan ICA
1 Mac 1979 Pejabat Cawangan Utara ditubuhkan di Kedah dan bertanggungjawab ke atas rekod-rekod di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
16 -15 November 1979 Minggu Arkib Antarabangsa diadakan di seluruh dunia. Arkib Negara Malaysia merayakan minggu tersebut dengan tema 'Arkib - Warisan Negara'.
1980 Puan Zakiah Hanum dilantik sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia
6 Mei 1982 Bangunan Pusataka Tun Abdul Razak (PINTAR) dirasmikan
22 November - 4 Disember 1982 Persidangan Meja Bulat Majlis Arkib Antarabangsa (ICA) yang ke-21 diadakan di Malaysia
1 Disember 1982 Bangunan Arkib Negara Malaysia di Jalan Duta dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah
31 Ogos 1985 Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka dirasmikan.
22 Mac 1986 Pustaka Peringatan P.Ramlee di Setapak dirasmikan
13 November 1986 Pusat Rekod Pulau Pinang ditubuhkan
1 Februari 1987 Pusat Rekod Kelantan ditubuhkan
13 Disember 1991 Rumah Kelahiran P.Ramlee dirasmikan.
30 Oktober 1992 Pustaka Perkhidmatan Awam ditubuhkan dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Julai 1995
20 Disember 1992 Rumah Kelahiran Tun Mahathir Muhamad dirasmikan oleh YB Dato' Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
1 Januari 1993 Cawangan Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan diwujudkan
25 Mei 1993 Memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam melalui formula baru Penyediaan Larutan Pengeyahan Asid
1 Oktober 1993 Pejabat Cawangan Perak ditubuhkan
10 November 1994 Memorial Tunku Abdul Rahman ditubuhkan
1 November 1995 Pn. Habibah Zon dilantik sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7