Sejarah Arkib Negara Malaysia Sejarah Arkib Negara Malaysia

TAHUN
PERISTIWA
31 Oktober 2007 Persaraan wajib Encik Sidek Jamil sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia
1 November 2007 Encik Sidek Jamil dilantik menjadi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia secara kontrak
5 - 6 November 2007 Konvensyen Pengurusan Rekod Peringkat Kebangsaan julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
1 Disember 2007 Sambutan Hari Arkib Negara Malaysia Ke-50
31 Mac 2008 Penyerahan Galeri Tun Ghafar Baba kepada Arkib Negara Malaysia oleh PERZIM.
21 - 27 Julai 2008 Kongres Majlis Arkib Antarabangsa (ICA) Kali Ke-16 diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal
21 - 27 Julai 2008 Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, En. Sidek Jamil menjadi individu pertama dari Asia Tenggara dilantik sebagai Fellow Majlis Arkib Antarabangsa (ICA) sepanjang hayat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Januari 2009 Program Mengenang Tokoh Negarawan dimulakan dan menjadi program tahunan Arkib Negara Malaysia. Program ini diadakan bagi mengenang sumbangan bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia kepada negara.
1 Februari 2009 Penstrukturan semula jabatan Arkib Negara Malaysia berdasarkan Waran Perjawatan Bil. 25 Tahun 2009
31 Julai 2009 Arkib Negara Malaysia memenangi Anugerah UNESCO 'Jikji Memory of the World Prize' dan menerima hadiah bernilai USD 30,000.
17 Disember 2009 Penyerahan bangunan Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Bahan-bahan Pandang Dengar Negara (PPPAV) yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim kepada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg. Dato' Haji Sidek Haji Jamil.
25 - 30 April 2010 Arkib Negara Malaysia menjadi tuan rumah Bengkel ASEAN Emergency Response and Recovery Team of Records.
27 September 2010 Arkib Negara Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan SARBICA Ke-17 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Persidangan telah dirasmikan oleh Menteri KPKK, YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
5 Oktober 2010 Tamat kontrak YBhg. Dato’ Haji Sidek Jamil sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.
6 Oktober 2010 Dr. Hajah Samsiah Muhamad dilantik sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.
11 November 2010 Portal rasmi Arkib Negara Malaysia diberi penarafan 5 Bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDec) dan berada di tangga ke-5 keseluruhan Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2010.
3 Januari 2011 Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang memulakan operasi.
25 - 28 Mac 2011 Seminar Pemantapan Profesionalisme, Transformasi Budaya Kerja dan Pemikiran Pegawai Arkib diadakan di The Legend Resort, Cherating, Pahang. Seminar diadakan selaras dengan penstrukturan semula Arkib Negara Malaysia pada Februari 2009.
30 April 2011 Sejumlah besar rekod-rekod penting negeri Pahang (122,518 fail) dipindahkan dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang melalui operasi ‘Sireh Pulang Ke Gagang”. Operasi diilhamkan oleh Tuan Haji Abu Rahman Ahmad (Allahyarham), Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelarasan.
5 Mei 2011 Arkib Negara Malaysia dipilih sebagai Rakan Integriti oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) menjadikan Arkib Negara Malaysia sebagai agensi pertama di bawah KPKK yang menerima penghormatan ini.
6 - 10 Jun 2011 Arkib Negara Malaysia menjadi tuan rumah kepada 15th SEAPAVAA Conference and General Assembly.
23 Jun 2011 KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam merasmikan bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.
19 September 2011 YBhg. Dr. Hajah Samsiah Muhamad, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia bersara daripada perkhidmatan awam.
27 September 2011 Arkib Negara Malaysia menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara bagi Tahun 2010 sempena Hari Audit Se-Malaysia 2011.
1 Disember 2011 Sambutan Hari Arkib Negara Malaysia Ke-54.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7