Sejarah Arkib Negara Malaysia Sejarah Arkib Negara Malaysia

TAHUN
PERISTIWA
1 Februari 2012 Puan Hajah Daresah Haji Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.
18 - 21 Jun 2012 Arkib Negara Malaysia menganjurkan Seminar ‘Transformasi Pengurusan Rekod Sektor Awam – Ke Arah Penerapan Budaya Kerja Persekitaran Rekod Elektronik’ sebagai usaha melaksanakan fungsi asasnya sebagai peneraju pengurusan rekod di sektor awam.
30 November - 9 Disember 2012 Sambutan 55 Tahun Arkib Negara Malaysia.
2013 Arkib Negara Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
2013 Portal rasmi Arkib Negara Malaysia mendapat 5 Bintang dalam penilaian portal/laman web kerajaan atau Malaysia Government Portal Website Assessment (MGPWA) oleh Malaysia Development Corporation (MDec).
4 Disember 2013 Sempena ulang tahun ke-56, Arkib Negara Malaysia mengadakan Majlis Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada agensi dan kementerian yang telah melaksanakan sistem tadbir urus pengurusan rekod yang terbaik dan bersistematik. Kementerian Kesihatan Malaysia telah terpilih sebagai johan dalam pertandingan tersebut.
2014 DYMM Sultan Mizan, Sultan Terengganu berkenan mencemar duli berangkat ke Pameran Warisan Eksklusif yang diadakan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu sempena Program Sambutan 3 Abad Pentadbiran Islam Di Negeri Terengganu.
28 April 2014 Arkib Negara Malaysia menerima kunjungan istimewa daripada YTM Tuanku Besar Tampin dan Pembesar Adat Wilayah.
12 - 16 Mei 2014 Delegasi Arkib Negara Malaysia membuat kunjungan ke The National Archives of United Kingdom, National Maritime Museum dan British Library sebagai usaha jalinan kerjasama yang mesra dan erat dengan institusi-institusi berkenaan pada masa akan datang. Ini disusuli dengan kerja-kerja pengesanan dan penyelidikan oleh dua orang Pegawai Arkib pada 11-31 Mei 2014.
19 April - 7 Mei 2014 Arkib Negara Malaysia juga sekali lagi menghantar pasukan penyelidiknya ke New Delhi, India untuk meneruskan kerja-kerja pengesanan bahan bagi tujuan penyalinan secara digital yang telah dimulakan pada tahun 2013.
3 Disember 2014 Sempena ulang tahun ke-57, Arkib Negara Malaysia mengadakan Majlis Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan (PSUP) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) yang telah melaksanakan sistem tadbir urus pengurusan rekod yang terbaik dan bersistematik. Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah terpilih sebagai johan dalam pertandingan tersebut.

Mukasurat: 1  2  3  4  5  6  7