| Seksyen Inspektorat Fungsi - Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti inspektorat pengurusan rekod di pejabat awam;
- Memantau pematuhan dan keakuran pejabat awam kepada:
- Akta Arkib Negara Malaysia 2003
- surat-surat pekeliling
- peraturan, arahan dan panduan
- piawaian pengurusan rekod MS 2223-1 dan MS 2223-2
- prinsip dan amalan terbaik pengurusan rekod
- Merancang dan menjalankan kerja-kerja pengauditan rekod di pejabat awam meliputi peringkat pewujudan hingga pelupusan rekod;
- Menjalankan kajian keberkesanan dan keurusetiaan naziran bagi program dan aktiviti pengurusan rekod;
- Menyelaras dan menyelenggara pangkalan data pengauditan dan keakuran undang-undang dan peraturan (unit khidmat sokongan); dan
- Menyelaras pelaksanaan pendakwaan dan amaran pentadbiran bagi pelanggaran undang-undang dan ketakakuran.
|