| Sekyen Konsultansi & Latihan Unit-Unit - Unit Khidmat Nasihat
- Merangka dan merancang Program Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan di pejabat awam;
- Melaksanakan program dan aktiviti khidmat nasihat Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan di pejabat awam selaras dengan Akta Arkib Negara dan Piawaian yang ditetapkan;
- Menyediakan panduan dan manual bagi Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan mengikut prinsip, amalan terbaik dan piawaian;
- Mengkaji dan menilai semula program dan aktiviti khidmat nasihat Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan;
- Menguruskan perlantikan dan pentauliahan Pegawai Rekod Jabatan;
- Menyenggara pangkalan data Program Khidmat Nasihat Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan; dan
- Menyelaras khidmat pakar dan konsultansi Program Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan.
- Unit Latihan Rekod
- Mengenalpasti, merangka dan merancang program latihan Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan;
- Menyediakan modul latihan dan kursus Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan anjuran Arkib Negara dan lain-lain jabatan;
- Menyediakan pelan pengajaran, bahan dan alat bantuan mengajar;
- Melaksanakan latihan dan kursus Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan bagi penjawat awam;
- Merancang dan melaksanakan latihan untuk mempertingkatkan kompetensi Pegawai Rekod Jabatan dalam bidang Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan; dan
- Melaksanakan kajian penilaian perkhidmatan latihan dan kursus Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan yang telah dijalankan.
- Unit Latihan Arkib
- Mengenalpasti, merangka dan merancang program latihan Pentadbiran Arkib;
- Menyediakan modul dan melaksanakan latihan ikhtisas kearkiban bagi Program Kerjasama Teknik Malaysia (PKTM);
- Menyediakan modul, melaksanakan latihan dan kursus ikhtisas kearkiban untuk mempertingkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan Arkib Negara;
- Merancang dan melaksanakan latihan dalam bidang pemeliharaan dan reprografi bagi penjawat awam; dan
- Merancang dan melaksanakan kajian penilaian keberkesanan perkhidmatan latihan dan kursus kearkiban yang telah dijalankan
|