Seksyen Penerbitan Dan Percetakan Seksyen Penerbitan Dan Percetakan

  1. Unit Penerbitan Dan Percetakan
    1. Merancang, mengenalpasti dan menyelaras program penerbitan Jabatan.
    2. Mengurus, menyedia dan menerbitkan Laporan Tahunan Jabatan.
    3. Mengurus dan menyelaras permohonan penulisan, percetakan dan penerbitan dari luar Jabatan.
    4. Menguruskan terjemahan terbitan-terbitan jabatan ke dalam Bahasa Inggeris.
    5. Mengurus dan menjalankan kerja-kerja penyuntingan, pembacaan pruf dan penyediaan grafik dan rekabentuk terbitan-terbitan jabatan.
    6. Mengenalpasti dan menguruskan sebutharga bagi percetakan buku dan terbitan jabatan.
    7. Menguruskan penerbitan dan percetakan berkala dan tidak berkala, borang-borang, risalah, buku program, poster dan bunting untuk jabatan.
    8. Mengurus dan menjalankan kerja-kerja percetakan dalaman.
    9. Mengawal dan menyelenggara keselamatan peralatan dan stok bahan-bahan percetakan.
  2. Unit Edaran, Jualan Dan Khidmat Sokongan
    1. Merancang dan melaksanakan program promosi dan pemasaran terbitan jabatan.
    2. Mengenalpasti dan menjalin kerjasama dengan pengedar untuk urusan edaran dan jualan.
    3. Menyediakan katalog terbitan untuk jualan secara manual dan online.
    4. Menguruskan stok dan urusan kewangan jualan terbitan jabatan.
    5. Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan Seksyen.