Seksyen Dasar, Standard dan Pengurusan Kualiti Seksyen Dasar, Standard dan Pengurusan Kualiti

Seksyen Dasar, Standard dan Pengurusan Kualiti adalah bertanggungjawab kepada penyediaan dasar, halatuju dan strategi Jabatan Arkib Negara serta urusetia kepada pelaksanaan ISO dan Pengurusan Kualiti Jabatan Arkib Negara Malaysia

Fungsi

  1. Merangka dasar, halatuju dan strategi Arkib Negara Malaysia;
  2. Mengkaji dan merangka akta, peraturan dan piawaian berkaitan pentadbiran arkib dan pengurusan rekod;
  3. Menyelaras penyediaan dasar, peraturan, prosedur dan piawaian berkaitan pentadbiran arkib dan pengurusan rekod;
  4. Mengemaskini dasar, peraturan, prosedur dan piawaian berkaitan pentadbiran arkib dan pengurusan rekod;
  5. Merancang, menyelaras dan melaksana program pengurusan kualiti jabatan;
  6. Merangka, merancnag dan membangunkan Pusat Sumber Pengetahuan Arkib Negara; dan
  7. Merangka dan melaksanakan persijilan, akreditasi dan perakuan kepada pembekal perkhidmatan dan peralatan pentadbiran arkib dan pengurusan rekod.