Sekyen Konsultansi & Latihan Sekyen Konsultansi & Latihan

Unit-Unit

  1. Unit Khidmat Nasihat
    1. Merangka dan merancang Program Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan di pejabat awam;
    2. Melaksanakan program dan aktiviti khidmat nasihat Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan di pejabat awam selaras dengan Akta Arkib Negara dan Piawaian yang ditetapkan;
    3. Menyediakan panduan dan manual bagi Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan mengikut prinsip, amalan terbaik dan piawaian;
    4. Mengkaji dan menilai semula program dan aktiviti khidmat nasihat Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan;
    5. Menguruskan perlantikan dan pentauliahan Pegawai Rekod Jabatan;
    6. Menyenggara pangkalan data Program Khidmat Nasihat Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan; dan
    7. Menyelaras khidmat pakar dan konsultansi Program Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan.
  2. Unit Latihan Rekod
    1. Mengenalpasti, merangka dan merancang program latihan Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan;
    2. Menyediakan modul latihan dan kursus Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan anjuran Arkib Negara dan lain-lain jabatan;
    3. Menyediakan pelan pengajaran, bahan dan alat bantuan mengajar;
    4. Melaksanakan latihan dan kursus Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan bagi penjawat awam;
    5. Merancang dan melaksanakan latihan untuk mempertingkatkan kompetensi Pegawai Rekod Jabatan dalam bidang Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan; dan
    6. Melaksanakan kajian penilaian perkhidmatan latihan dan kursus Pengurusan dan Pemeliharaan Rekod Kerajaan yang telah dijalankan.
  3. Unit Latihan Arkib
    1. Mengenalpasti, merangka dan merancang program latihan Pentadbiran Arkib;
    2. Menyediakan modul dan melaksanakan latihan ikhtisas kearkiban bagi Program Kerjasama Teknik Malaysia (PKTM);
    3. Menyediakan modul, melaksanakan latihan dan kursus ikhtisas kearkiban untuk mempertingkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan Arkib Negara;
    4. Merancang dan melaksanakan latihan dalam bidang pemeliharaan dan reprografi bagi penjawat awam; dan
    5. Merancang dan melaksanakan kajian penilaian keberkesanan perkhidmatan latihan dan kursus kearkiban yang telah dijalankan