Seksyen Pembangunan Dan Penyenggaraan Seksyen Pembangunan Dan Penyenggaraan

  1. Seksyen Pembangunan dan Penyenggaraan
    1. Merancang dan mengenalpasti pembinaan projek-projek fizikal seperti pembinaan bangunan Arkib cawangan negeri, memorial / pustaka / galeria.
    2. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja naiktaraf bangunan-bangunan Arkib / bangunan Arkib cawangan negeri, memorial / pustaka / galeria.
    3. Membuat penyelidikan berhubung dengan pembangunan projek dan penyelidikan untuk penyediaan ‘building brief'.
    4. Merancang jadual pelaksanaan projek dengan agensi pelaksana (JKR).
    5. Menyelaras dan memantau pelaksanaan pembangunan projek melalui mesyuarat bulanan dengan agensi pelaksana dan kontraktor.
    6. Memantau kemajuan projek, perubahan skop serta menguruskan pembayaran sehingga bangunan siap sepenuhnya.
    7. Mengemaskini, menyemak dan memasukkan data  ke dalam Sistem Pemantauan Projek,     menyediakan laporan kepada Unit Perancang Ekonomi serta menyediakan laporan impak pembangunan.
    8. Merancang projek-projek pembangunan bagi tempoh Rancangan Lima Tahun mengikut garis panduan EPU.
    9. Mengumpul dan menyelaras semua cadangan projek dari semua Bahagian.
    10. Merancang keperluan peruntukan tahunan dan aliran tunai bagi belanjawan pembangunan Jabatan mengikut Pekeliling Perbendaharaan.
    11. Menyediakan anggaran belanjawan pembangunan tahunan Jabatan untuk pembentangan dalam Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan.
    12. Menyediakan kertas kerja, kertas konsep, Kertas Jemaah Menteri, Buku Cadangan Projek-Projek Pembangunan di Bawah Rancangan Lima Tahun, Laporan Kewangan, Laporan Kemajuan Projek.
    13. Menyedia dan menyelaras perjadualan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengan projek-projek pembangunan.
    14. Menjadi Urusetia mesyuarat pembangunan dan perolehan.
    15. Merancang, mengenalpasti dan menguruskan pemerolehan hartanah, bangunan dan peralatan.
    16. Membuat kajian ‘feasibility' keberkesanan aset sebelum membuat perolehan aset.
    17. Mengadakan perbincangan, mesyuarat dengan KPTG / EPU / Perbendaharaan / Jabatan Penilaian Harta dan agensi lain yang terlibat dalam proses pengambilan dan pembelian tanah.
    18. Mendapatkan perakuan dan kelulusan EPU/Perbendaharaan sebelum membuat perolehan bangunan.
    19. Menguruskan urusan perjanjian jual beli, sewaan, pindah milik dan pembayaran.
    20. Menguruskan keselamatan fizikal harta, bangunan dan aset.
    21. Menguruskan penyelenggaraan, pembaikan dan ubahsuai bangunan dan pejabat.
    22. Menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal (Lif,dumb-waiter, etc)
    23. Menguruskan keceriaan suasana dan kebersihan /   persekitaran pejabat.
    24. Mengurus dan menyelenggara landskap dan tempat letak kereta.

 

Unit Aset dan Stor Seksyen Pegurusan Rekod dan Registri Unit Perolehan dan Kontrak
  Seksyen Pembangunan dan Penyelenggaraan