Seksyen Pentadbiran dan Sumber Manusia Seksyen Pentadbiran dan Sumber Manusia

 

  1. Unit Pentadbiran : Pentadbiran Am
    1. Merancang dan mengurus semua urusan pentadbiran am jabatan selaras dengan peraturan am pejabat dan pekeliling/surat pekeliling yang berkaitan.
    2. Menyelaras semua urusan berkaitan Dewan  Rakyat/Dewan Negara dan Jemaah Menteri.
    3. Menyelaras semua urusan berkaitan Kertas   Jemaah Menteri dan pemantauan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri.
    4. Mengurus dan menyelaras urusan pencalonan anugerah/pingat kebesaran.
    5. Mengurus dan menyelaras urusan permohonan lawatan rasmi dan tidak rasmi ke luar negara.
    6. Mengurus dan menyelaras urusan dengan KeKKWa dan agensi-agensi lain.
    7. Mengurus penyelenggaraan dan tempahan   kenderaan jabatan.
    8. Mengurus dan menyelenggara kemudahan dan tempahan padang-padang permainan (bola sepak, bola keranjang, bola jaring, gim).
    9. Mengurus dan memantau perjalanan sistem perakam waktu jabatan.
    10. Menguruskan dan menyelaras acara-acara keraian di peringkat jabatan
    11. Melaksanakan tugas-tugas Urus Setia seperti berikut:
      1. Jawatankuasa Keutuhan/Birokrasi
      2. Mesyuarat Pengurusan
      3. Mesyuarat Lembaga Penasihat
      4. Manual Prosedur Kerja dan
      5. Mengurus hal-hal kebajikan kakitangan
      6. Perumahan kerajaan
      7. Rawatan perubatan
  2. Unit Pentadbiran : Unit Keselamatan
    1. Mengurus dan menyelaras prosedur keselamatan (ibu pejabat, memorial dan cawangan negeri).
    2. Mengurus dan menyelaras urusan pengambilan pengawal keselamatan
    3. Mengurus dan menyelaras urusan peperiksaan pengesahan jawatan dan PTK jawatan pengawal
    4. Menguruskan keselamatan dan kerahsiaan dokumen jabatan dengan kerjasama Seksyen Pengurusan Rekod dan Registri.
    5. Memantapkan keselamatan harian jabatan(kakitangan, pelawat, bangunan, orang awam dan lain-lain).
    6. Menguruskan keselamatan semasa majlis rasmi.

 

Unit Aset dan Stor Seksyen Pegurusan Rekod dan Registri Unit Perolehan dan Kontrak
  Seksyen Pembangunan dan Penyelenggaraan  

     

Mukasurat: 1  2  3