Seksyen Dasar, Standard dan Pengurusan Kualiti adalah bertanggungjawab kepada penyediaan dasar, halatuju dan strategi Jabatan Arkib Negara serta urusetia kepada pelaksanaan ISO dan Pengurusan Kualiti Jabatan Arkib Negara Malaysia
Fungsi
- Merangka dasar, halatuju dan strategi Arkib Negara Malaysia;
- Mengkaji dan merangka akta, peraturan dan piawaian berkaitan pentadbiran arkib dan pengurusan rekod;
- Menyelaras penyediaan dasar, peraturan, prosedur dan piawaian berkaitan pentadbiran arkib dan pengurusan rekod;
- Mengemaskini dasar, peraturan, prosedur dan piawaian berkaitan pentadbiran arkib dan pengurusan rekod;
- Merancang, menyelaras dan melaksana program pengurusan kualiti jabatan;
- Merangka, merancnag dan membangunkan Pusat Sumber Pengetahuan Arkib Negara; dan
- Merangka dan melaksanakan persijilan, akreditasi dan perakuan kepada pembekal perkhidmatan dan peralatan pentadbiran arkib dan pengurusan rekod.