Senarai Kumpulan Arkib/ Rekod Suku Keempat 2015 Senarai Kumpulan Arkib/ Rekod Suku Keempat 2015

Jabatan Arkib Negara bertanggungjawab menyediakan kemudahan perkhidmatan penyelidikan kepada orang ramai umumnya dan penyelidik khususnya. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyebarluaskan maklumat yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara.

Antara langkah yang diambil bagi memberikan kemudahan tersebut ialah dengan menyediakan Senarai Kumpulan Arkib / Rekod yang telah mencapai taraf arkib iaitu berusia 25 tahun. Senarai ini mengandungi maklumat mengenai bahan yang baru dibuka untuk rujukan penyelidik. Walau bagaimanapun rujukan kepada fail-fail ini masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi di mana fail-fail terperingkat yang belum diturun taraf tidak dibuka untuk rujukan penyelidik.

Senarai Kumpulan Arkib / Rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Bagi suku keempat tahun 2015, sebanyak 369 kumpulan Arkib / Rekod yang mengandungi 2,522  buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk.

Semua maklumat lanjut berkaitan fail-fail tersebut boleh diperolehi dengan melayari portal      Arkib Negara di www.arkib.gov.my pada capaian Online Finding Aids atau datang terus ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur bagi fail yang terdapat di Ibu Pejabat dan ke Arkib Negara Cawangan Negeri yang berkenaan bagi fail yang terdapat di Cawangan Negeri.