Senarai Penerbitan Senarai Penerbitan

«Kembali

Hari Ini Dalam Sejarah

 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid I
 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid I

Sinopsis

Buku ini diterbitkan berdasarkan kepada skrip daripada rancangan "Hari Ini Dalam Sejarah" yang disiarkan oleh RTM pada tahun 1980, dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia. Ia mengandungi ulasan mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku bagi bulan Januari hingga Mac dengan illustrasi dalam bentuk gambar dan filem mengenai peristiwa-peristiwa tersebut.
Tahun Diterbitkan : 1980
Harga : RM12.00

 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II
 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II

Sinopsis

Buku Jilid II ini memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan April, Mei serta Jun dan disiarkan menerusi RTM pada tahun 1981.
Tahun Diterbitkan : 1982
Harga : RM15.00

 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid III
 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid III

Sinopsis

Buku Jilid III ini memuatkan peristiwa-peristiwa bagi bulan Julai, Ogos dan September dan di antara peristiwa bersejarah yang terdapat dalam bulan ini ialah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1.7.1896), Pilihanraya Persekutuan Yang Pertama (27.7.1955), Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (31.7.1959) dll.
Tahun Diterbitkan : 1983
Harga : RM15.00

 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid IV
 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid IV

Sinopsis

Jilid IV ini merupakan siri terakhir bagi penerbitan skrip-skrip Hari Ini Dalam Sejarah yang telah disiarkan melalui RTM sepanjang tahun 1980. Jilid ini mengandungi peristiwa-peristiwa bagi bulan Oktober, November dan Disember. Terdapat juga beberapa buah skrip 1981 di dalam jilid ini.
Tahun Diterbitkan : 1986
Harga : RM12.00

 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid V
 
Hari Ini Dalam Sejarah Jilid V

Sinopsis

Buku ini mengandungi skrip-skrip rancangan HIDS yang telah disiarkan oleh RTM bagi bulan Januari hingga Mac 1982. Di antara peristiwa menarik yang terdapat dalam buku ini ialah pengeboman Muzium Negeri Selangor, urutan peristiwa pertukaran nama Telok Anson, penubuhan UTM dll.
Tahun Diterbitkan : 1987
Harga : RM12.00