Sharifah Azah Syed Mohammed Al Sagoff Sharifah Azah Syed Mohammed Al Sagoff

SHARIFAH AZAH SYED MOHAMMED ALSAGOFF

 

1 Kehidupan Peribadi    
  i. Nama : Sharifah Azah binti Syed Mohammed Alsagoff
  ii. Tarikh Lahir : 21 ogos 1928
  iii. Tempat Lahir : Singapura
  iv. Keluarga : Merupakan anak bongsu dari dua beradik.
      Berkahwin dengan Profesor DiRaja Ungku
      Abdul Aziz b. Ungku Abdul Hamid dan
      mempunyai seorang anak, Tan Sri Dato Sri Dr
      Ungku Zeti Akhtar Ungku Aziz, Mantan Gabenor
      Bank Negara Malaysia
       
2. Pendidikan : Sekolah Convent Johor Bahru
       
3. Kerjaya : Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bharu (1949 - 1951)
      Setiausaha di Jabatan Pengajian Sosial, Universiti Malaya
      Singapura (1951)
      Setiausaha kepada Pendeta Za’aba di Jabatan Pengajian
      Melayu, Universiti Malaya, Singapura (1953)
       
      Setiausaha kepada Tan Sri Leslie Hoffman, 
      Ketua Pengarang New Straits Times (1957)
       
      Ketua Pengarang New Straits Times (1957)
      Pengarang Rencana Utusan Melayu (1973-1978)
      Wartawan
      Penulis
       
4. Sumbangan : Pengasas Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
      Pengasas dan Presiden Pertama Persatuan 
      Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) (1971 - 1978)
       
      Naib Presiden Institut Pembangunan Wanita Malaysia (IKWAM)
      Ahli Majlis, Perbadangan Kemajuan Pelancongan
      Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun 
      Abdul Razak (1977)
       
      Ahli Lembaga Kemajuan Filem Nasional Malaysia 
      (FINAS) (1981-1984)
       
      Ahli Tribunal Hak Cipta (1990)
      Ahli Majlis Penasihat Kebudayaan Malaysia (1993)
      Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara (2001-2003)
       
5. Anugerah / Darjah : Ijazah Kehormat Doktor Kesenian Dan Doktor Pendidikan,
  Kebesaran   Universiti Pendidika Sultan Idris (UPSI) (2008)
       
      Tokoh Wanita Johor (1992)
       
      Wanita Cemerlang Avon – Tan Sri Fatimah (1994)
       
      Anugerah Jarum Berlian, Piala Jarum Berlian
      (1998) anjuran Majalah Rias, terbitan Utusan Melayu
       
6. Meninggal Dunia :  
  i. Tarikh Meninggal : 9 Julai 2012
  ii. Sebab - Sebab : Serangan Angin Ahmar
  iii. Tempat Dikebumi : Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
       
7. Maklumat Tambahan    

Menggantikan ibunya, Azizah binti Dato' Ja'afar sebagai penulis di Berita Harian dengan nama samaran "Ratnamala, bermaksud "Kalung Berlian". Azah Azizsinonim dengan gelaran Tokoh Budayawan Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil, perhiasan, pakaian dan kraftangan tradisional Melayu. Beliau turut memberi nama 'Pancaindera' iaitu akhbar sisipan Mingguan Malaysia ketika Tan Sri Zainuddin Maidin bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu. Allahyarhamah juga pernah menyertai pelbagai persidangan dan seminar antaranya Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di East West Centre, Honolulu pada 1967 dan Simposium Wanita Afro- Asia di Iskandariah, Mesir sempena Tahun Wanita Antarabangsa pada 1975. Pada tahun 2006 beliau menghasilkan buku ‘Rupa dan Gaya: Busana Melayu’ hasil perlantikannya sebagai Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Mukasurat: 1  2  3